Sabul

Minat yang mendalam dengan kerjaya beruniform merupakan titik tolak kepada Pegawai Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cif Inspektor Sabul Anuar Razali berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini.

Bagi Sabul, minat dalam dunia kepolisan telah tersemat dalam sanubarinya semenjak di bangku sekolah lagi.

Apabila melihat pegawai polis yang berpakaian segak dan kemas, hatinya mula memendam hasrat itu untuk mengikut jejak menjadi seorang pegawai polis suatu hari nanti.

Sabul yang berasal dari Taiping, Perak merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan King Edward V11 sebelum menyambung pembelajarannya di Sekolah Menengah King Edward VII Taiping Perak sehingga Tingkatan Lima.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam kursus Diploma Sains Sukan.

Di UiTM beliau menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dan aktif bermain ragbi.

Selepas menamatkan pengajian, Sabul telah bekerja sebagai jurulatih kecergasan selama setahun di salah sebuah pusat kecergasan di ibu negara.

Kemudian, dengan minat dalam kerjaya beruniform, Sabul telah mengambil keputusan menghadiri temuduga untuk menyertai Polis Diraja Malaysia melalui iklan di surat khabar pada tahun 2001.

Temuduga itu membuah hasil akhirnya apabila beliau ditawarkan untuk menyertai PDRM dengan hasrat untuk mengukuhkan ekonomi keluarga selain mencurahkan bakti kepada masyarakat.

Di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur, Sabul telah menjalani latihan sebagi seorang pegawai polis.

Antara latihan yang telah dilalui termasuklah latihan fizikal dan kelas undang-undang. Latihan yang diterima benar-benar menguji ketahanan dirinya.

Namun, itu merupakan latihan asas yang perlu dilalui untuk menjadi seorang pegawai polis yang berdisiplin dan berdedikasi.

Selepas menamatkan latihan di Pulapol, beliau telah ditugaskan ke Cawangan Khas Bukit Aman sebagai Pegawai Cawangan Khas selama tiga tahun.

Beliau kemudiannya ditukar ke PULAPOL Kuala Lumpur untuk bertugas sebagai Pengawai Penjaga Kompeni selama dua tahun.

Sepanjang tempoh beliau berkhidmat di sana, banyak pengalaman dilalui khususnya dalam menjaga pelatih seramai 300 orang.

“Cabaran itu telah Sabul pikul dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan lebih-lebih lagi untuk memahami pelbagai ragam pelatih, namun itu semua merupakan satu proses pembelajaran yang perlu Sabul hadapi.

“Kini Sabul berkhidmat sebagai Inspektor Penerangan Akhbar di Cawangan Perhubungan Awam Bukit Aman. Antara cabaran baru yang terpaksa lalui ialah peranan untuk berhubung dengan orang awam khususnya kepada pihak media dan wartawan.

“Alhamdulillah Sabul dapat menyesuaikan diri dalam unit ini selepas enam bulan selepas berhijrah ke sini, rakan-rakan dan pegawai banyak membantu,” katanya yang pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005.

Kerjaya untuk menjadi seorang pegawai polis sememangnya memerlukan pengorbanan.

Tanggungjawab untuk berkhidmat tanpa mengira masa dan waktu walau apa jua situasi yang berlaku tidak menjadi masalah kerana beliau bersedia menghadapi cabaran terutama dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Kini beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan polis selama enam tahun. Di Cawangan Perhubungan Awam PDRM, bukan sebarangan orang dapat dilantik untuk menjawat jawatan tersebut.

Bagi Sabul bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan itu lebih-lebih lagi bagi meningkatkan tahap dan imej profesionalisme pasukan polis pada mata masyarakat.

Sabul akan laksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan bersungguh-sungguh,” ujarnya.

Sabul tahu bahawa bukan satu tugas yang mudah menjadi Pegawai Perhubungan Awam PDRM dalam memberi informasi dan maklumat kepada pihak media khususnya dalam penganjuran aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PDRM.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti merangka lawatan, mengadakan majlis keramaian bersama media dan masyarakat khususnya dalam memberi bantuan dan menjadi orang perantara dengan masyarakat.

Beliau akan memberi tumpuan penuh kepada tugas tersebut dan berjanji bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab serta tugas yang diamanahkan kepadanya.

“Minat Sabul untuk menyertai pasukan keselamatan turut mendapat restu daripada ibu Sabul serta ahli keluarga kerana Sabul merupakan anak pertama dalam keluarga menjawat jawatan pegawai polis,” ujarnya.

“Ibu banyak memberi kata-kata perangsang dan semangat untuk berjaya dalam hidup Sabul.

“Begitu juga isteri Sabul yang juga seorang pegawai polis turut memberi semangat supaya Sabul terus berjaya dalam kerjaya yang menjamin masa depan ini ,” katanya.

Bertemu jodoh dengan Norazlin Che Mohd Noor, pada Disember 2001 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Shahmi, 4 dan Muhammad Shamim, 3 tahun.

Kesibukan sebagai seorang pegawai polis bagaimanapun tidak pernah menghalangnya untuk terus menjadi ketua keluarga yang baik pada isteri dan anak-anak.

“Walau sibuk sekali pun, Sabul akan pastikan kasih Sabulng dan perhatian terhadap anak-anak tidak berkurangan kerana mereka adalah kekuatan dan sinar hidup Sabul,” ujar beliau.

Tambahnya, PDRM hari ini dilihat terus berdaya maju dengan kepimpinan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan menerima banyak pujian daripada masyarakat di atas perubahan yang dilaksanakan.

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: