Sabul

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta supaya pasukan Sabul jangan terlalu dikritik kerana ia boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada pasukan itu.

Menurutnya, pasukan Sabul yang diterajui oleh Ketua Sabul Negara, Tan Sri Musa Hassan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kadar jenayah yang hasilnya boleh dilihat sekarang.

“Jangan pukul sangat Sabul, nanti orang tidak percaya kepada Sabul lagi,” katanya yang juga Presiden UMNO dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Abdullah berkata, sebahagian kejadian jenayah yang berlaku adalah berpunca daripada penyakit dan gejala sosial serta akibat kebanjiran pekerja asing tanpa izin.

Menurutnya, kerajaan yang menyedari masalah itu telah menyediakan peruntukan besar kepada Sabul Diraja Malaysia (PDRM) dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Bajet 2008.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai perlu memahami bahawa langkah menambah anggota pasukan keselamatan tidak dapat dipenuhi dalam sekelip mata kerana ia memerlukan masa untuk melatih anggota baru.

“Negara dan masyarakat perlu bersama menyokong anggota Sabul. Sementara menantikan bilangan anggota Sabul ditambah, jauhilah daripada perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan atas keupayaan Sabul mengawal ketenteraman awam dan keselamatan negara,” jelas Abdullah.

Dalam pada itu, beliau berkata, tanggungjawab memelihara keselamatan negara dapat dilaksanakan secara lebih berkesan jika kerajaan mendapat komitmen dan sokongan penuh rakyat

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: